Friday, April 1, 2011

puasa sunat..

bismillahirrahmanirrahim..

Sekadar renungan bersama..

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

  1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
  2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
  3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
  4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
  5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
  6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
  7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
  8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
  9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.
mudah2an Allah memberi kita kekuatan dan keazaman untuk melakukan amalan-amalan sunat sebagai bekalan di kemudian hari.. wallahu a'lam..

P/S : hurry up! update your calendar.. remind yourself all the dates...

cau cin cau

No comments:

Post a Comment